Ikuti Kami:

Song Hyekyo, Jang Kiyong & Kim Juhun Sah Bakal Terajui Drama Dunia Fesyen ‘Now, We’re Breaking Up’

Song Hyekyo, Jang Kiyong & Kim Juhun Sah Bakal Terajui Drama Dunia Fesyen ‘Now, We’re Breaking Up’

Khabarnya SBS dah ‘rebut’ pelbagai pelakon hebat untuk drama terbarunya “Now, We’re Breaking Up”.

Ha Young-eun ialah seorang pengurus bagi pasukan pereka di sebuah syarikat fesyen. Watak tersebut digambarkan sebagai seorang yang realistik dan dingin namun bijak serta mementingkan keselamatan berbanding benda lain. Meskipun sudah berusia 38 tahun, Ha Young-eun terkenal kerana sentiasa menjaga badannya dan mengikuti trend semasa bagi mengekalkan awet muda selain rupa yang menawan. Wanita ini juga sangat teliti dalam mendapatkan ganjaran daripada kerjanya sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menangis kerana lelaki.

sbs now we're breaking up

Dikatakan Song Hye-kyo akan membawa watak Ha Young-eun manakala Jang Ki-yong akan pula menggalas tanggungjawab melakonkan watak Yoon Jae-guk, jurugambar kaya yang mempunyai rupa dan juga kebijaksanaan.

Choi Hee-soo pula bakal berlakon sebagai Hwang Chi-sook, pengarah kepada pasukan pereka untuk syarikat fesyen tersebut manakalan Kim Ju-hun akan membawa watak CEO Seok Do-hoon.

Kita sama-sama nantikan kemas kini lanjut mengenai berita ini okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...