Ikuti Kami:

Song Hyekyo & Hyun Bin Dikhabarkan Bercinta Serta Tinggal Bersama, Ini Respons Agensi Mereka

Song Hyekyo & Hyun Bin Dikhabarkan Bercinta Serta Tinggal Bersama, Ini Respons Agensi Mereka

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba bekas kekasih iaitu pelakon Song Hye-kyo dan Hyun Bin terpalit dengan kontroversi cinta baru-baru ini.

Kisah bermula apabila khabar angin mengenai mereka berdua telah tersebar secara meluas di serata platform media sosial popular di China iaitu Weibo. Antara gosip yang bertebaran ialah Song Hye-kyo dan Hyun Bin dikatakan telah berpindah ke rumah yang sama dan mereka dilihat menikmati temu janji di sekitar Yangpyeong, daerah Gyeonggi.

hyunbin dan song hyekyo bercinta

Walaubagaimanapun, agensi naungan pelakon wanita itu tampil dan memberikan kenyataan rasmi mengenai khabar angin tersebut.

Ini bukanlah kali pertama portal media China telah menyebarkan artikel yang rawak dan tidak sahih. Kebanyakan daripada mereka mereka cerita menggunakan imaginasi sendiri.

Agensi tersebut menegaskan bahawa kedua selebriti itu tidak mempunyai hubungan istimewa dan menyatakan bahawa Song Hye-kyo kini sedang sibuk meneliti pelbagai projek baru.

Agensi Hyun Bin juga tidak mendiamkan diri dan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal tersebut.

Khabar angin mengenai kisah cinta yang sedang berterbangan di China adalah palsu.

hyunbin dan song hyekyo worlds within

Bagi yang tidak mengetahui, Song Hye-kyo dan Hyun Bin yang pernah bercinta selepas bekerjasama dalam drama “Worlds Within” pada tahun 2008. Pun begitu, pasangan itu dikatakan berpisah sebelum Hyun Bin menyertai latihan khidmat ketenteraan pada tahun 2011.

Daripada manalah portal China dapat gosip itu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...