Ikuti Kami:

Song Hyegyo Didedahkan Sumbang Panduan Bahasa Korea Di Muzium Sekitar Amerika, Netizen Tuduh Nak Cuci Imej!

Song Hyegyo Didedahkan Sumbang Panduan Bahasa Korea Di Muzium Sekitar Amerika, Netizen Tuduh Nak Cuci Imej!

Meskipun melalui fasa hidup yang sedih kerana tidak dapat menyelamatkan perkahwinannya bersama pelakon Song Joongki tetapi Song Hyegyo kelihatan sangat aktif dalam dunia seni. Kalau anda perasan, banyak betul kelibatnya di beberapa pertunjukan fesyen dan majlis berprestij. Pun begitu, ramai peminat yang berharap agar wanita cantik itu akan kembali ke kaca televisyen tak lama lagi sebab dah rindu sangat!

Dalam diam-diam, rupanya pelakon wanita ini telah menyumbang panduan bahasa Korea di serata galeri dan muzium terkenal seperti Muzium Brooklyn di New York. Berita ini telah diumumkan sendiri oleh Profesor Seo Kyungdeok dan pasukannya daripada Universiti Perempuan Sungshin.song hyegyo

Menerusi panduan ini, pelawat dapat mempelajari kisah asas mengenai muzium tersebut, cara untuk menggunakannya selain pengenalan terperinci tentang setiap pameran utama pada setiap tingkat. Lagi menyeronokkan kerana panduan ini boleh didapati secara percuma sahaja!

Pada pertengahan Februari, kami akan menyediakan panduan dalam bahasa Korea dan pelancong Korea boleh mendapatkannya di hadapan kaunter tiket secara percuma.

Menurut profesor ini lagi, mereka akan menyediakan panduan bahasa Korea ini mengikut pameran yang diadakan pada setiap musim. Ianya bermula dengan edisi musim sejuk 2020.

panduan bahasa korea di muzium di amerika

Setakat ini, Song Hyegyo dan Profesor Seo Kyungdeok telah menyediakan perkhidmatan ini pada Muzium Seni Metropolitan New York, Muzium Seni Moden New York (MoMA), Muzium Sejarah Asli Amerika dan Muzium Kanada di Toronto (ROM). Bukan itu sahaja, pasukan ini turut bakal menyumbangkan panduan ini di galeri dan muzim popular di Eropah dan juga bandar lain melangkaui Amerika.

Sumbangan bermakna Song Hyegyo ini menyentuh hati netizen selain mereka berbangga dengan usaha pelakon ini memartabatkan bahasa Korea sehingga ke luar negara. Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang menuduh pelakon ini menggunakan peluang ini untuk membersihkan imejnya.

Sejak daripada dulu dia mempromosikan Korea, kepulauan Dokdo, menyokong perihal sejarah.

 

Song Hyegyo lebih bagus daripada lelaki yang hanya sibuk memuaskan nafsu di dalam bilik sahaja.

 

Selepas kontroversi, sudah pasti akan bersihkannya dengan derma.

 

Selalu berbuat baik.. Tak derma pun tak apa, janji tak lari daripada bayar cukai.

 

Cuba bersihkan imej selepas elak bayar cukai. Janganlah tak bayar cukai.

 

Cakaplah ‘bagus’ apabila seseorang berbuat baik. Takkan buat benda baik pun kena cerca.

 

Semestinya permainan publisiti. Selepas dicaci mesti keluarkan berita sumbangan.

Benda baik seharusnya dipuji! Tahniah Song Hyegyo kerana cuba membantu para pelancong daripada Korea yang mungkin mengalami kesukaran berkomunikasi dalam bahasa asing semasa melawat muzium dan galeri seni.

Sumber: SPOTVNEWS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...