Ikuti Kami:

Son Yejin & Lee Byunghun Jadi Suami Isteri, Filem ‘There Is No Choice’ Umum Barisan Pelakon

Son Yejin & Lee Byunghun Jadi Suami Isteri, Filem ‘There Is No Choice’ Umum Barisan Pelakon

Siap sedia semua untuk tonton filem baru yang dibintangi ramai pelakon hebat!

Terbaru, media telah mengesahkan penampilan Lee Byung-hun, Son Ye-jin, Park Hee-soon, Lee Sung-min, Yeom Hye-ran, Cha Seung-won dan Yoo Yeon-seok dalam filem baru berjudul “There Is No Choice”.

Untuk pengetahuan, filem ini akan mengisahkan tentang Yoo Man-soo, seorang pekerja hebat yang tiba-tiba dipecat, dan harus berusaha untuk cari kerja baru bagi melindungi isteri dan dua orang anaknya.

Dalam filem ini, Lee Byung-hun akan membawa watak sebagai Yoo Man-soo dan Son Ye-jin pula akan menjadi isterinya, yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada suaminya yang tiba-tiba menganggur.

Sementara itu, “There Is No Choice” dijangka akan memulakan penggambaran pada 17 Ogos ini dengan matlamat untuk ditayangkan pada 2025 nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...