Ikuti Kami:

“Son Yejin & Jeon Mido Je Banyak” – Watak Utama ‘Thirty, Nine’, Babak Sedikit Kim Jihyun Dipersoal

“Son Yejin & Jeon Mido Je Banyak” – Watak Utama ‘Thirty, Nine’, Babak Sedikit Kim Jihyun Dipersoal

Boleh dikatakan ramai yang seronok menonton mengenai kisah kehidupan dan persahabatan yang dipaparkan di dalam “Thirty, Nine”.

Ia menceritakan kehidupan dan drama romantik yang menekankan kisah persahabatan dan cinta tiga orang sahabat yang bakal mencecah usia 40-an. Satu kebetulan ketika sekolah menengah membawa mereka bertiga sebagai sahabat baik sehingga kini.

Dipromosikan sebagai cerita tiga watak utama yang dilakonkan oleh Son Ye-jin, Jeon Mi-do dan Kim Ji-hyun namun ramai sepertinya hairan mengapa babak wanita tinggi lampai itu boleh dikatakan sedikit berbanding yang lain.

jtbc thirty nine

Malah sepertinya watak Jang Joo-hee (Kim Ji-hyun) sering kali dibiarkan sendiri apabila Cha Mi-jo (Son Ye-jin) dan Jung Chan-young (Jeon Mi-do) berkongsi masalah dan cerita antara mereka. Boleh nampak apabila wanita yang acap kali menjadi akhir yang tahu mengenai masalah rakan-rakannya.

Antara komen penonton Korea,

Babak Kim Ji-hyun sedikit sahaja, kenapa dia dinamakan sebagai watak utama?

 

Babak Jeon Mi-do dan Son Ye-jin lebih banyak daripadanya.

 

Adakah sebab babak Jang Joo-hee tak banyak, sebab itu mereka ambil pelakon yang kurang dikenali?

 

Tapi babaknya sedikit banyak hari ini.

 

Kenapa babak Kim Ji-hyun tak banyak..

jtbc thirty nine

Komen penonton antarabangsa pula,

Kemunculan Joo-hee hanyalah lebih kepada orang lain menyebutnya dan bukannya kemunculan dia sendiri. Mi-jo dan Chan-young hanya menyebutnya sahaja, apa kata tunjukkan dia juga buat penonton?

 

Babak Kim Seon-woo lebih banyak daripada Joo-hee, sedangkan dia dipromosikan sebagai wanita utama.

 

Lagi best kalau kisah cinta tak ditekankan sangat, saya mahukan lebih banyak babak Mi-jo, Chan-young dan Joo-hee.

 

Geram jugak bila tengok Mi-jo dan Chan-young asyik luangkan masa bersama padahal mereka bertiga rakan baik bukannya berdua sahaja.

 

Saya sangkakan ia lebih kepada cerita menegenai 3 sahabat itu tapi kita susah melihat Joo-hee.

jtbc thirty nine

Sudah pun memasuki separuh kedua, ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan cerita Jang Joo-hee. Tak kan wanita itu hanya menjadi peneman dua rakan yang lain apabila diperlukan sahaja? Sama-sama kita nantikan episod akan datang “Thirty, Nine”.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...