Ikuti Kami:

Son Yejin Dikhabarkan Bakal Berlakon Dalam Filem Hollywood Buat Pertama Kalinya

Son Yejin Dikhabarkan Bakal Berlakon Dalam Filem Hollywood Buat Pertama Kalinya

Siapa sangka Son Ye-jin kini mungkin bakal bertemu menjejakkan kaki ke Hollywood bagi mengembangkan bakatnya?

Menurut satu outlet media Korea, pelakon wanita itu dikatakan bakal berlakon dalam satu filem Hollywood tak lama lagi ebrtajuk “Cross”. Son Ye-jin dikatakan akan menerajui naskhah itu di samping pelakon Sam Worthington yang dikenali menerusi wataknya dalam “Avatar” dan “Clash Of The Titans”.

“Cross” diarahkan oleh Andrew Niccol yang terkenal menerusi filem sci-fi seperti “In Time”, “The Host”, “Gattaca” – dan merupakan penulis kepada filem popular “The Truman Show”. Naskhah ini berlatarbelakangkan masa hadapan, dalam negara yang diduduki pelbagai bangsa dan dibahagikan kepada dua komuniti. Filem ini membawa kisah orang yang terperangkap di antara dua perbezaan ini, iaitu yang kaya dengan yang miskin.

son yejin hollywood

Daripada sumber berita tersebut, Son Ye-jin dikhabarkan bakal membawa watak Vera, seorang wanita lasak yang tinggal di sempadan kawasan penduduk miskin. Selepas suaminya meninggal dalam usaha untuk melarikan diri ke sebalah sana, Vera kini tinggal seorang diri untuk membesarkan anaknya. Sam Worthington pula difahamkan akan memainkan watak seorang yang tinggal di kawasan orang kaya.

Meskipun “Cross” sudah lama dirancang, Andrew Niccol mula berminat untuk merakamkan filem tersebut di Korea dengan pelakon Korea selepas melawat negara tersebut untuk mencari inspirasi. Lelaki itu juga dikatakan telah menghubungi Son Ye-jin secara terus dengan harapan untuk menawarkan wanita itu berlakon dalam filem ini.

Katanya, “Cross” bakal memulakan penggambaran di Korea pada Mac 2021. Bahkan pelakon Lee Sun-kyun juga dikatakan turut menerima tawaran untuk berlakon dalam “Cross” namun semuanya masih dalam perbincangan.

Makin menjadi-jadi Son Ye-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...