Dalam satu temu bual bersama media, Son Suk-ku berkongsi bahawa beliau merancang untuk berehat panjang selepas menamatkan komitmen kerjanya yang sedang berlangsung.
Dikenali melalui deretan projek berjaya seperti “The Outlaws 2” (2022), “D.P.” (2021–2023), “My Liberation Notes” (2022), “The Comments Army”, “Big Bet”, “A Killer Paradox” (2024), serta filem akan datang “Heavenly Ever After” (2025) dan “Nine Puzzle”, Son Suk-ku telah menjadi antara pelakon paling dipercayai ramai dan hangat diperkatakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Saya masih lagi bekerja sekarang, tetapi sebaik sahaja selesai semua projek yang telah saya komited, saya bercadang untuk berehat agak lama. Dulu saya fokus untuk muncul dalam sebanyak mungkin karya. Saya banyak belajar daripada pengalaman itu, tetapi kini saya rasa sudah tiba masanya untuk fokus pada ekspresi yang lebih bermakna.
View this post on Instagram
Dia turut menambah,
Menghasilkan begitu banyak karya memerlukan masa dan tenaga yang sangat besar. Saya rasa ini adalah waktu yang sesuai untuk meneroka cara lakonan yang berbeza dan membawa perubahan.
Semoga Son Suk-ku kembali tak lama nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.