Son Suk-ku kembali dengan drama terbaru, “Big Bet”!
Buat peminat Son Suk-ku, Choi Min-sik dan juga Lee Dong-hwi, ini lah masanya untuk korang tengok gandingan hebat mereka dalam “Big Bet”.
Satu siri asal Disney Plus, “Big Bet” mengisahkan mengenai Cha Mu-sik (Choi Min-sik) seorang lelaki berjaya yang digelar raja kasino di Filipina tanpa sebarang warisan harta, bantuan orang ternama atau sesiapa saja untuk dirinya. Namun, selepas terjebak dalam satu kes pembunuhan, nyawanya kian terancam. Manakala, Oh Seung-hoon (Son Suk-ku) merupakan pegawai polis barisan hadapan daripada Korea yang ditugaskan untuk menjejaki Cha Mu-sik. Dalam pada itu, Cha Mu-sik juga turut mempunyai orang kanan iaitu Yang Jung-pal (Lee Dong-hwi) yang sentiasa membantunya.
Wah macam ‘intense’ je ek siri ni! Untuk pengetahuan, siri “Big Bet” ini akan mula bersiaran pada 21 Disember akan datang.
Nantikan okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.