Ikuti Kami:

Son Hojun & Kim Raewon Bakal Bergandingan Dalam ‘The Police Station Next To The Fire Station’

Son Hojun & Kim Raewon Bakal Bergandingan Dalam ‘The Police Station Next To The Fire Station’

Selepas Kim Rae-won, nampaknya Son Ho-jun turut bakal menyertai drama “The Police Station Next to the Fire Station”.

Ia berlatarbelakangkan tapak respon di antara polis memberkas penjenayah dan balai bomba yang memandamkan api. Ianya akan menampilkan cerita detektif yang sentiasa menangkap sasarannya, paramedik yang tidak terlepas pandang sebarang kecederaan mahupun luka dan ahli bomba yang terus meluru ke dalam api marak. Drama ini menggambarkan momen tegang di antara jenayah, krisis dan kecemasan. Dipenuhi dengan siasatan saintifik, ia bakal menjadi drama pertama yang menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai siasatan insiden kebakaran.

son hojun

Katanya, Son Ho-jun akan membawa watak Bong Do-jin, seorang bomba yang seperti ‘bulldozer’ melompat ke dalam api tanpa teragak-agak namun di dalamnya, dia merupakan seorang lelaki yang naif dan tidak berbahaya.

Dalam pada itu, Kim Rae-won pula dikhabarkan bakal membawa watak Jin Ho-gae, seorang detektif polis. Dia merupakan seorang inspektor yang mempunyai mata yang menggerunkan, suara yang garau dan bersemangat.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...