Ikuti Kami:

Son Dongwoon HIGHLIGHT Bakal Lancar Album Mini Ke-2 Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran

Son Dongwoon HIGHLIGHT Bakal Lancar Album Mini Ke-2 Pada Hari Ulang Tahun Kelahiran

Ahli kumpulan HIGHLIGHT iaitu Son Dong-woon baru-baru ini dikhabarkan akan mengeluarkan album solo selepas 3 tahun.

Son Dong-woon dikhabarkan bakal mengeluarkan album mini ke-2 “Happy Birthday” di pelbagai platform muzik secara atas talian pada 6 Jun akan datang, dan akan membuat kemunculan semula solo dalam industri muzik selepas kira-kira 3 tahun.

Pada 24 Mei, imej rancangan jadual “Happy Birthday” Son Dong-woon telah dimuat naik melalui laman sosial rasmi HIGHLIGHT. Menurutnya, Son Dong-woon bercadang untuk menyiarkan kesemua kandungan termasuk senarai lagu, pra-tonton album, 6 foto konsep, filem pra-tonton untuk setiap lagu, 5 imej teaser, dan teaser video muzik sebelum kemunculan semula pada 6 Jun.

“Happy Birthday” adalah album solo Son Dong-woon yang dikeluarkan kira-kira 3 tahun selepas album mini pertamanya “Act 1: The Orchestra” dilancarkan pada April 2019. Son Dong-woon, yang menunjukkan keupayaan muziknya dengan mengambil bahagian dalam penulisan lirik dan gubahan kesemua lapan lagu pada masa itu, dijangka telah menangkap perhatian umum dalam “Happy Birthday”.happy birthday son dong woonTambahan pula, 6 Jun adalah merupakan hari lahir Son Dong-woon, yang memberi lebih makna terhadap kemunculan semula solo ini. Son Dong-woon dijangka menyambut hari jadinya yang ke-32 lebih istimewa dengan pelancaran “Happy Birthday”.

Son Dong-woon merupakan ahli termuda HIGHLIGHT, yang mana telah meraikan tahun ke-14 penampilan sulungnya tahun ini, dan merupakan penghibur serba boleh yang aktif dalam pelbagai bidang, daripada nyanyian dan tarian, kepada pengarang, lakonan, seni persembahan dan muzikal. Dia menunjukkan penambahbaikkan dalam setiap aktiviti yang mana dia telah membina keupayaan sendiri dan berkomunikasi dengan peminat muzik melalui aspek yang lebih pelbagai.son dong woonPada konsert solo kemuncak hujung minggu lalu, Son Dong-woon berkongsi bahawa,

Saya akan terus menunjukkan sisi terbaik saya sebagai penyanyi supaya peminat tidak kesunyian selepas persembahan ini.

Dengan kerja keras untuk memenuhi ‘janji’ yang dibuatnya, Son Dong-woon segera menyampaikan khabar kemunculan semula solonya, yang mana sangat menggembirakan peminat muzik.

Album mini ke-2 Son Dong-woon “Happy Birthday” akan dikeluarkan di setiap platform muzik secara atas talian pada 6 Jun ini. Jadi, korang jangan terlepas tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...