Ikuti Kami:

“Somin Lagi Cepat Popular..” – Yang Sechan Kongsi Detik Sedih Waktu Kali Pertama Sertai ‘Running Man’

“Somin Lagi Cepat Popular..” – Yang Sechan Kongsi Detik Sedih Waktu Kali Pertama Sertai ‘Running Man’

Pejam celik pejam celik, sudah 6 tahun sejak Yang Se-chan kali pertama sertai “Running Man” sebagai ahli tetap.

Terbaru pada 26 Disember, Yang Se-chan telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube ‘TEO’, yang diacarakan oleh Jang Do-yeon.

Dalam siaran itu, lelaki tersebut ditanya tentang detik memalukan sepanjang kerjayanya. Jawab Yang Se-chan,

Ia apabila saya mula-mula menyertai ‘Running Man’. Dari tahun 2017 sehinggalah lama kemudian, ada banyak momen di mana saya rasa malu dengan diri sendiri. Pada masa itu, saya membuat ramai orang ketawa tentang ‘Comedy Big League’ dan melakukannya dengan baik. Saya sertai rancangan hiburan untuk kali pertama dan ‘Running Man’ adalah sangat popular.

Luahnya lagi,

Tiga tahun pertama itu sangat lama. Saya berasa amat malu. Tiada apa-apa yang berjaya dan saya merayau-rayau sendiri untuk masa yang lama. Saya tak dapat tonton ‘Running Man’ pun. Apa yang lebih menyesakkan dan memalukan ialah saya tak pernah dengar sesiapa pun cakap tentang saya. Apa yang perlu dibincangkan? Saya tidak melakukan apa-apa. Walaupun rakan saya menontonnya, mereka kata saya tak banyak muncul kerana saya telah disunting keluar. Sebab itu saya tak bercakap lagi dan hanya merayau-rayau seperti hantu.

yang sechan

Kemudian, Yang Se-chan turut berkongsi bahawa Jeon So-min lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan program ‘Running Man’,

Ahli lain pun tak dapat membantu saya. Tempoh penyesuaian adalah begitu lama. So-min menyertai pada masa yang sama dengan saya tetapi dia menjadi popular dengan cepat malahan memenangi Anugerah Rookie, Anugerah Kecermelangan dan Daesang.

Sekarang, Yang Se-chan antara ahli yang kelakar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...