Utama K-Pop ‘Some’ Jadi Muzik Video Pertama BOLBBALGAN4 Capai 100 Juta Tontonan Di YouTube

‘Some’ Jadi Muzik Video Pertama BOLBBALGAN4 Capai 100 Juta Tontonan Di YouTube

bol4 some

BOL4, atau turut dikenali sebagai BOLBBALGAN4, telah mencipta rekod baharu bagi muzik video mereka di YouTube!

Pada 20 Januari, muzik video BOL4 untuk lagu hit mereka “Some”, telah melepasi 100 juta tontonan di YouTube, menjadikan ia muzik video pertama mereka yang berjaya capai hingga ke tahap ini.

Lagu “Some” ini asalnya telah dikeluarkan pada 28 September 2017, bermakna lagu itu mengambil masa lebih empat tahun, tiga bulan dan 22 hari untuk mencapai kejayaan ini.

Tahniah BOL4! Lagu ni memang comel kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...