Ikuti Kami:

“Sombong, Tak Tahu Malu” – Rain & Taemin SHINee Dedah Banyak Penyanyi Junior Kurang Ajar

“Sombong, Tak Tahu Malu” – Rain & Taemin SHINee Dedah Banyak Penyanyi Junior Kurang Ajar

Pasti ramai yang tahu kan bahawa Rain dan Tae-min SHINee merupakan antara penyanyi yang sudah lama aktif dalam industri.

Baru-baru ini, Tae-min telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Rain dan mereka berborak tentang kerjaya masing-masing.

Ketika sedang berborak, Rain turut bercakap tentang kesulitan yang dialaminya ketika datang ke stesen penyiaran. Luahnya,

Saya rasa ia membebankan. Bila saya pergi ke stesen penyiaran, ada kalanya penyanyi lain datang ke bilik menunggu saya untuk bertanya khabar. Saya rasa tidak perlu pun untuk datang ke bilik setiap orang.

Sambungnya,

Tapi kalau awak tak bertanya khabar ketika lalu sebelah saya, itu benar-benar sombong dan tak tahu malu.

Celah Tae-min pula dengan mendedahkan,

Ada je junior yang tak menyapa hyung mereka dan sikap begitu angkuh.

Tambah Rain,

Untuk orang macam tu saya akan fikir ‘Awak tak akan lama kat sini’. Awak patut bertanya khabar bila senior lalu.

Betula lah apa yang Rain cakap tu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...