Ikuti Kami:

“Solekan Kami Semua Hilang” – APINK Perjelas Dakwaan Idola K-Pop Bercinta Di Acara ISAC

“Solekan Kami Semua Hilang” – APINK Perjelas Dakwaan Idola K-Pop Bercinta Di Acara ISAC

Pada 16 Februari, ahli APINK, Cho-rong, Bo-mi, Eun-ji,Nam-joo, dan Ha-young, telah muncul dalam program Mnet “TMI SHOW”.

Dalam episod tersebut, Mi-joo bekas ahli LOVELYZ, yang merupakan hos program itu, menyebut bahawa acara Idol Star Athletics Championships (ISAC) adalah tempat di mana idola K-Pop mustahil untuk bercinta. Sekadar info, ISAC ialah program televisyen Korea Selatan yang disiarkan buat kali pertama pada tahun 2010, yang menampilkan selebriti, terutamanya penyanyi dan kumpulan idola K-Pop, yang bersaing dalam pelbagai acara sukan, serta disiarkan oleh MBC.

Semasa acara itu berlangsung, peminat bagi setiap kumpulan idola akan seronok melihat interaksi antara artis kegemaran mereka meskipun ianya hanyalah ‘eye contact’ yang berlaku secara spontan. Mi-joo yang pernah menghadiri acara itu berkata,

Saya tidak faham langsung bagaimana idola lain memandang antara satu sama lain di situ. Tiada siapa yang pernah memandang saya.

apink isac

Ahli APINK memberi gambaran tentang situasi di ISAC itu sambil berkongsi,

Semua orang sedang berbaring, dan solekan kami semua sudah hilang.

Eun-ji menambah,

Semua orang di sana kelihatan marah. Oleh itu, jika seseorang menjumpai ‘cinta’ mereka di sana, mereka pasti akan saling mencintai selama seratus tahun.

Tambah Bo-mi secara sarkastik,

Mereka akan berkahwin.

Agak-agaknya ada ke idola K-Pop yang senyap-senyap bercinta di situ…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...