Ikuti Kami:

Sokong Pengarah ‘The Penthouse’, Kim Soyeon, Lee Jiah, Uhm Kijoon & Pelakon Lain Sertai Filem ‘It’s Alright’

Sokong Pengarah ‘The Penthouse’, Kim Soyeon, Lee Jiah, Uhm Kijoon & Pelakon Lain Sertai Filem ‘It’s Alright’

Ada tak yang rindukan “The Penthouse”?

Berita baik buat anda, khabarnya pelakon daripada drama itu iaitu Kim So-yeon, Lee Ji-ah, Uhm Ki-joon, Shin Eun-kyung, Bong Tae-gyu dan Yoon Joo-hee bakal menerajui filem pendek pertama pengarah Joo Dong-min, yang juga merupakan pengarah “The Penthouse”.

Filem “It’s Alright” ialah sebuah naskhah komedi gelap yang dibahagikan kepada 6 cerita mengenai situasi berbeza dihadapi ketika era COVID-19. Ramai yang tidak sabar menantikan terjemahan pengarah itu mengenai pendemik ini dalam filem pendek dan bukannya drama panjang.

filem it's alright

Meskipun sibuk dengan jadual lain, namun para pelakon ini dikatakan bersetuju untuk menyertai filem ini bagi memberikan sokongan buat pengarah berkenaan.

“It’ Alright” akan bersiaran di slot asal TVING iaitu “All Viewers+: Shortbuster” pada April ini.

Nantikannya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...