Mesti ramai yang pernah layan drama “Scarlet Heart” yang ditayangkan pada 2016 dulu, kan?
Bagi yang belum tahu, “Scarlet Heart” yang diterajui IU dan Lee Jun-ki mengikuti kisah seorang wanita abad ke-21 dibawa kembali ke zaman Dinasti Goryeo Korea, dalam mayat gadis berusia 16 tahun.
Terbaru, Lee Jun-ki telah berkongsi beberapa foto trak kopi yang dihantar oleh IU ke set dramanya “Arthdal Chronicles 2”. Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada IU dengan menulis,
Saya tidak percaya, satu dorongan yang mengejut.. Terima kasih Ji-eun. Terima kasih kepada awak, semua kakitangan menikmati hidangan dan diceriakan. Saya terharu sekali lagi dengan ketelitian awak menjaga dan menghantar sokongan bersama untuk kami.
View this post on Instagram
Meskipun trak kopi tersebut didedikasikan buat Lee Jun-ki namun, IU turut menyertakan mesej sokongan buat rakan satu agensinya Shin Se-kyung yang juga merupakan teraju utama drama “Arthdal Chronicles 2”.
Dalam pada itu, musim kedua “Arthdal Chronicles” dilapor akan bersiaran pada separuh pertama tahun 2023 nanti.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.