Sokong Kim Bum, Lee Dongwook Hantar Trak Kopi Ke Set Penggambaran ‘Ghost Doctor’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Berkenalan sejak drama “Tale Of The Nine Tailed”, nampaknya Kim Bum dan Lee Dong-wook mengekalkan hubungan yang rapat sehingga kini.
Terbaru, Lee Dong-wook dilihat memberikan sokongan yang padu buat Kim Bum apabila menghantar trak kopi buat lelaki muda itu.
Hal itu dikongsikan sendiri oleh Kim Bum menerusi Instagram miliknya.

Dengan kapsyen yang pendek, Kim Bum menulis ‘Hyung’ sebagai sapaan buat pemberian Lee Dong-wook.
Malah lelaki itu turut berkongsi videonya menjamah minuman itu dalam satu tegukan sahaja sebagai penghargaan.

Dalam pada itu, kedua mereka dikhabarkan bakal bertemu dalam musim kedua “Tale Of The Nine Tailed” yang akan ditayangkan dalam tahun ini.
Bestnya tengok mereka!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




