Merupakan kawan baik, Kim Woo-bin nampaknya setia memberikan sokongan buat sahabatnya D.O EXO.
Bagi yang belum tahu, Kim Woo-bin dan D.O merupakan rakan baik sejak dari 2016 lagi, apabila pelakon itu pernah mendedahkan bahawa dia mempunyai sembilan sahabat rapat termasuk Lee Kwang-soo, Jo In-sung, Cha Tae-hyun dan ahli EXO itu sendiri.
Terbaru pada 22 Oktober, Kim Woo-bin telah berkongsi satu tangkapan skrin di Instagram Story miliknya, yang menunjukkan bahawa dia sedang mendengar lagu nyanyian D.O. Pelakon itu turut menulis kapsyen,
Lagu Do Kyung-soo dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menerusi foto yang dikongsi, Kim Woo-bin nampaknya sedang mendengar lagu “Bite”, nyanyian D.O untuk runut bunyi drama lakonannya “Bad Prosecutor”.
Supportive la Kim Woo-bin ni!