Ikuti Kami:

Sokong Cha Eunwoo, Pelakon ‘True Beauty’ Adakan Reunion Di Konsert ASTRO

Sokong Cha Eunwoo, Pelakon ‘True Beauty’ Adakan Reunion Di Konsert ASTRO

Ada tak yang rindu nak tonton drama “True Beauty”?

Pada 28 Mei, ASTRO telah mengadakan konsert ‘ASTROAD’ ke-3 di Seoul, ‘STARGAZER’. Untuk pengetahuan, ini merupakan konsert solo pertama ASTRO selepas 3 tahun dan 5 bulan.

Bukan sahaja mendapat sambutan dari peminat seluruh dunia, malahan rakan pelakon Cha Eun-woo dari “True Beauty” turut hadir bagi memberikan sokongan buat kumpulan tersebut, membuktikan persahabatan mereka yang masih kekal utuh.

true beauty reunion

Moon Ga-young yang merupakan rakan kepada ahli ASTRO Moon-bin dan Cha Eun-woo telah berkongsi beberapa foto di konsert melalui entri di Instagram Story, bersama dengan pelakon “True Beauty” yang lain seperti Park Yoo-na, Kang Min-ah dan Lee Il-jun.

Sejurus selepas foto ‘reunion’ pelakon siri popular tersebut tersebar, peminat nampaknya tidak dapat menyembunyikan rasa seronok mereka melihat artis kegemaran mereka bersama dalam satu skrin.

‘Supportive’ kan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...