Ikuti Kami:

So Jisub Derma RM355,000 Bantu Warga Emas Tidak Berkemampuan Menjelang Perayaan Chuseok

So Jisub Derma RM355,000 Bantu Warga Emas Tidak Berkemampuan Menjelang Perayaan Chuseok

Rasa sejuk hati apabila pelakon yang diminati kita sering melakukan perkara yang baik kan? Sama juga apabila So Ji-sub yang dikhabarkan telah menderma untuk warga emas yang tidak berkemampuan baru-baru ini.

Pada 21 September, bantuan antarabangsa dan pembangunan organisasi Good Neighbors telah pun mengumumkan perkara menyentuh hati ini,

So Ji-sub telah menderma 100 milion won (RM355.5k) untuk membantu komuniti yang susah sebelum hari perayaan Chuseok menjelang tiba.

Bantuan pelakon tersebut akan digunakan untuk menyediakan makanan, barangan penjagaan diri untuk membanteras COVID-19 dan barangan untuk musim sejuk bagi golongan warga emas yang tinggal seorang diri dan tidak mampu ditanggung oleh perkhidmatan kebajikan.

so jisub

So Ji-sub mula menjadi ahli Good Neighbors dalam The Neighbors Club bermula tahun 2017, satu status yang diberikan sekira ahlinya menderma sekurang-kurangnya 10 milion won (RM35.5k) pada setiap tahun kepada NGO sukarelawan antarabangsa.

Bahkan pengarah kepada organisasi ini mengucapkan terima kasih atas bantuan So Ji-sub ini dan berharap ianya akan membantu dan memberi harapan kepada golongan yang mengalami waktu yang sukar, terutamanya tahun ini.

Baik kan So Ji-sub?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...