Ikuti Kami:

So Jisub Dedah Dapat Semangat Dari Kim Woobin Untuk Penggambaran Filem ‘Alien’

So Jisub Dedah Dapat Semangat Dari Kim Woobin Untuk Penggambaran Filem ‘Alien’

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan hebat antara So Ji-sub dan Kim Woo-bin dalam filem “Alien”.

Pada 23 Jun, sidang akhbar bagi filem “Alien” bahagian pertama yang diarahkan oleh Choi Dong-hoon telah diadakan di Seoul. Pelakon Ryu Jun-yeol, Kim Woo-bin, Kim Tae-ri, So Ji-sub, Yeom Jeong-ah, Jo Woo-jin, Kim Eui-sung, dan Choi Dong-hoon turut hadir bagi berkongsi sedikit sebanyak mengenai karya itu.

Ketika temu bual, So Ji-sub berkongsi mengenai proses penggambaran filem itu, dengan berkata,

Saya dikejar alien, tetapi saya membuat penggambaran tanpa benar-benar dikejar jadi, saya terpaksa menggunakan imaginasi sendiri. Saya boleh membayangkan imej itu semasa membaca skrip untuk filem lain, tetapi saya tidak dapat melihatnya untuk ‘Alien’. Jadi, itu adalah sukar.

kim woobin so jisub

Kemudian, So Ji-sub turut mendedahkan bahawa rakan pelakonnya Kim Woo-bin turut memberi semangat buatnya untuk melakukan penggambaran. Jelasnya,

Apabila saya mula berasa sunyi, Woo-bin datang. Dia jauh, tetapi kami masih bergantung antara satu sama lain. Saya menggunakan perasaan itu semasa membuat filem. Jika bukan kerana Woo-bin, saya tidak akan dapat menyelesaikannya.

Mendengar itu, Kim Woo-bin turut menunjukkan rasa sayangnya kepada So Ji-sub,

Saya akan bertarung secara sunyi, tetapi kemudian seorang lelaki dengan bahu yang lebar akan datang, dan itu membuatkan saya berasa yakin dan disokong.

filem alien

Dalam pada itu, “Alien” menceritakan kisah luar biasa yang berpusat di portal masa yang muncul antara Era Goryeo apabila pendekar pedang cuba mencari dan memiliki pedang misteri yang dikhabarkan, dan tahun 2021 masa kini apabila makhluk asing wujud di Bumi. Ia bakal menemui penonton di pawagam pada 20 Julai ini.

Memang kena tonton la kalau ada dua pelakon hebat ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...