Ramai kan yang sedang seronok menonton “Snowdrop” sekarang kan?
Sudah pun 11 episod ditayangkan, JTBC berkongsi bahawa drama lakonan Jung Hae-in dan Jisoo BLACKPINK itu akan berakhir pada 30 Januari nanti di mana dua episod terakhir akan ditayangkan secara berturut-turut pada hari itu bermula jam 10 malam (waktu Korea).

“Snowdrop” berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-ro (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.
Dalam pada itu, “Forecasting Love And Weather” akan menggantikan slot “Snowdrop” nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




