Ikuti Kami:

‘#Snowdrop’ Raih 4 Bilion Tontonan Di TikTok, Bukti Populariti Jisoo BLACKPINK & Jung Haein

‘#Snowdrop’ Raih 4 Bilion Tontonan Di TikTok, Bukti Populariti Jisoo BLACKPINK & Jung Haein

Meskipun sudah sebulan lebih tamat, drama “Snowdrop” lakonan Ji-soo BLACKPINK dan Jung Hae-in masih tetap jadi bualan ramai.

Terbaru, hashtag ‘#snowdrop’ telah berjaya capai 4 bilion tontonan di TikTok, yang pastinya bukan jumlah yang kecil. Dikatakan bahawa ‘chemistry’ antara kedua bintang utama Ji-soo dan Jung Hae-in merupakan penyumbang utama kejayaan drama ini.

Pada mulanya, “Snowdrop” telah terlibat dalam beberapa kontroversi yang menyebabkan ia dikecam dan diboikot oleh netizen Korea pada awalnya. Bagaimanapun, selepas lebih banyak perkembangan didedahkan, drama ini secara beransur-ansur mendapat lebih banyak perhatian dan sokongan daripada penonton, berkat jalan ceritanya yang menarik dan kemahiran lakonan yang hebat oleh para pelakon.

#snowdrop tiktok

Dengan 4 bilion tontonan di bawah hashtag “Snowdrop” di TikTok, ramai peminat juga telah menyatakan harapan dan keinginan mereka untuk melihat Ji-soo dan Jung Hae-in bersatu semula, dan mempunyai pengakhiran yang bahagia dalam drama lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...