Utama K-Pop SM Umum Bakal Debut Kumpulan SUPERM Versi Wanita, ‘GIRLS ON TOP’

SM Umum Bakal Debut Kumpulan SUPERM Versi Wanita, ‘GIRLS ON TOP’

girls on top sm

SM Entertainment telah mengumumkan penubuhan kumpulan gaya “SUPERM”, namun kali ini dengan idola wanita terkemuka!

Pada Ogos 2019, SM Entertainment mengumumkan penubuhan kumpulan lelaki baharu yang dibentuk daripada ahli SHINee, EXO, dan NCT. Kumpulan yang dipanggil SUPERM, memulakan kerjaya lewat tahun itu dengan Tae-min SHINee, Baek-hyun dan Kai EXO, dan Tae-yong, Mark, Ten, dan Lucas NCT.

Kini, pada 27 Disember 2021, SM Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan gadis dalam gaya yang sama akan ditubuhkan, dengan nama kumpulan GOT, atau GIRLS ON TOP. Menurut foto teaser baharu, kumpulan tersebut akan terdiri daripada BoA, Tae-yeon dan Hyo-yeon GIRLS’ GENERATION, Seul-gi dan Wendy RED VELVET, serta Karina dan Winter AESPA.

Kumpulan itu akan mengadakan persembahan istimewa pada 1 Januari 2022, di konsert dalam talian percuma SMTOWN akan datang, dan mengeluarkan lagu pertama mereka pada 3 Januari jam 5 petang ini!

Fuhh semua hebat-hebat dalam satu kumpulan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERHerald Pop
Loading...