Ikuti Kami:

Slot Tayangan Baru, SBS Kongsi Musim Kedua ‘The Penthouse’ Mula 5 Februari Ini

Slot Tayangan Baru, SBS Kongsi Musim Kedua ‘The Penthouse’ Mula 5 Februari Ini

Tamat sahaja musim pertama “The Penthouse”, semakin ramai yang dah teruja menantikan tayangan musim keduanya.

Berakhir dengan pelbagai persoalan mengenai apakah nasib watak utamanya Shim Soo-ryeon (Lee Ji-ah), Oh Yoon-hee (Eugene) dan Logan Lee (Park Eun-sok). Selain adakah pihak yang jahat Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) dan Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) akan terus berkuasa dan berjaya menutup kezaliman mereka yang tersembunyi rapat di sebalik Hera Palace.

Walaupun terdapat ura-ura mengatakan bahawa musim kedua drama popular ini akan ditayangkan pada 15 Februari namun sepertinya SBS telah mengemaskini tarikh baru tayangannya.

musim kedua the penthouse

Berita gembira buat anda kerana khabarnya musim kedua “The Penthouse” akan menemui penonton pada 5 Februari nanti dalam slot tayangan Jumaat-Sabtu dan bukannya Isnin-Selasa seperti musim sebelumnya.

musim kedua the penthouse

Pasti anda semua dah tak sabar kan untuk menantikannya? Semoga pihak yang dianiaya akan bangkit dan menang pula kali ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...