Ikuti Kami:

SKY Castle Dinobat Sebagai Produksi Drama Terbaik Di Korea Drama Awards 2019!

SKY Castle Dinobat Sebagai Produksi Drama Terbaik Di Korea Drama Awards 2019!

Saban tahun, industri drama Korea tidak kering dengan idea yang baru dan menyegarkan. Boleh dikatakan hampir setiap drama yang dikeluarkan oleh mereka pasti akan sangkut di hati penonton dalam dan luar Korea. Drama yang dikeluarkan sering mendapat perhatian penonton kerana plotnya yang tidak klise dan berulang-ulang. Genre yang ditawarkan adalah pelbagai daripada romantik sehingga misteri dan ngeri. Jadi penonton mempunyai banyak pilihan drama yang boleh mereka tonton mengikut genre kesukaan masing-masing.

Bagi menghargai penat jerih pelakon dan pihak produksi dalam menjayakan kesemua drama ini, satu anugerah penting telah dianjurkan setiap tahun bagi menguar-uarkan senarai naskhah dan pelakon yang benar-benar bagus. Kelmarin Anugerah Drama Korea 2019 telah bersiaran secara langsung dari Pusat Budaya dan Seni Gyeongnam, Jinju. Pencalonan dibuat berdasarkan drama yang diterajui mereka dan disiarkan di saluran utama (KBS, SBS dan MBC) ataupun saluran kabel (tvN, JTBC, OCN dan lain-lain).

Pada malam semalam, drama terbaik telah dianugerahkan kepada drama ‘Sky Castle’ iaitu sebuah naskhah yang berkisar tentang kehidupan sekumpulan suri rumah yang tinggal di kawasan perumahan mewah yang dipanggil Sky Castle di sebuah bandar di Seoul. Mereka berusaha keras agar dapat menjadikan suami masing-masing semakin berpengaruh dan membesarkan anak-anak mereka seperti putera dan puteri. Wanita-wanita ini mahukan semua anak mereka memasuki Sekolah Perubatan di Universiti Kebangsaan Seoul iaitu sebuah universiti berprestij. Mereka menggunakan pelbagai cara bagi menjayakan rancangan itu dan turut menghabiskan banyak duit dengan melantik penyelaras bagi peperiksaan kemasukan universiti.

sky castle menang drama terbaik

Drama ini walaupun bermula dengan rating yang rendah namun melonjak tinggi selepas tayangan beberapa episod kerana ramai penonton yang tertarik dengan plot yang dibawanya. Mereka sedar bahawa kisah dalam ‘Sky Castle’ sebenarnya berlaku di dunia realiti di mana ibu bapa yang obses dengan pendidikan anak-anak sehingga menyebabkan kesemua anak mereka melalui masalah sosial serta murung.

Lakonan hebat Yum Jungah, Lee Taeran, Yoon Seah, Oh Nara, Kim Seohyung ternyata meninggalkan impak yang besar dalam hati penonton sehingga mereka berasa meremang apabila teringatkan keobsesan para emak ini untuk memastikan anak mereka berjaya ke universiti berprestij. Tak peliklah kenapa drama ini diangkat sebagai produksi terbaik untuk anugerah ini!

sky castle drama terbaik

Kalau anda nak tahu, muzik latar drama ‘Sky Castle’ iaitu ‘We All Lie’, nyanyian Ha Jin turut memenangi kategori ‘Anugerah Muzik Latar Terbaik’ pada anugerah ini. Selain itu, pelakon Kim Seo Hyung telah memenangi ‘Anugerah Bintang ‘Hot’ China’ dan Kim Bora turut merangkul ‘Anugerah Populariti’ menerusi lakonan mereka dalam projek ini. Betul-betul hebat penangan drama ini!

Drama ini betul-betul menyelongkar isu kekeluargaan yang terjadi dalam keluarga kaya. Walaupun nampak macam palsu tapi sebenarnya isu ini sudah lama bertapak dalam kebanyakan keluarga di Korea. Kepada yang belum menonton, bolehlah anda mula mencari drama ini dan menontonnya. Lagi senang kerana sudah pun ada di Netflix!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...