Ikuti Kami:

Skrip Episod Akhir ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Sudah Siap, Penggambaran Terakhir Dalam Minggu Ini Juga

Skrip Episod Akhir ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Sudah Siap, Penggambaran Terakhir Dalam Minggu Ini Juga

Sedar tak sedar, drama psikologi “It’s Okay To Not Be Okay” kini hanya tinggal 4 episod sahaja sebelum sampai ke episod kemuncaknya. Semakin menghampiri episod akhir, semakin berdebar penonton dibuatnya.

Kisah romantik dengan elemen psikologi berat ini menceritakan nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.

Untuk pengetahuan semua, skrip untuk episod kemuncak “It’s Okay To Not Be Okay” sudah pun diberikan kepada barisan pelakon naskhah ini. Bahkan penggambaran terakhir akan dilakukan paling lewat dalam minggu ini juga, namun rancangan itu mungkin akan berubah dek cuaca hujan yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, sudah pasti kandungannya membuatkan penonton berasa ingin tahu terhadap kesudahan kisah berbelit di antara Moon Gang-tae, Moon Sang-tae (Oh Jung-se) dan Ko Mun-yeong.

skrip episod akhir it's okay to not be okay tamat

Meskipun drama ini hanya berjaya meraih rating dalam lingkungan 5% sahaja sepanjang tayangannya, ia berjaya menduduki tempat pertama bagi topik terhangat rancangan TV untuk 5 minggu berturut-turut. Ini semua adalah kerana lakonan hebat yang ditunjukkan oleh Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji, Oh Jung-se dan Park Gyu-young.

Menurut perancangan sedia ada, “It’s Okay To Not Be Okay” dijangka akan menayangkan episod terakhirnya pada 9 Ogos nanti. Jangan lupa untuk terus menyaksikan drama hebat ini sehingga ke penghujungnya hanya di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...