Ikuti Kami:

Skrip Ending Musim Pertama Sudah Siap, ‘Hospital Playlist’ Bersiap Sedia Untuk Memasuki Musim Kedua

Skrip Ending Musim Pertama Sudah Siap, ‘Hospital Playlist’ Bersiap Sedia Untuk Memasuki Musim Kedua

Episod demi episod, “Hospital Playlist” terus membuktikan bahawa ianya adalah sebuah drama perubatan yang disukai ramai. Bayangkan naskhah ini tidak mengundur diri dan terus memecah rekod peribadi setiap kali tayangan sehingga episod terbarunya berjaya meraih purata rating terbaik iaitu 11.68%.

“Hospital Playlist” menceritakan kisah lima sekawan dalam usia lingkungan 40-an yang belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bertugas di sebuah hospital yang sama tetapi berbeza kepakaran. Setiap daripada doktor ini adalah sangat unik dan berbeza!

sebab perlu tonton hospital playlist

Ik-jun (Jo Jung-suk) yang peramah gila, Seok-hyeong (Kim Dae-myung) yang pemalu, Song-hwa (Jeon Mi-do) yang sempurna, Junwan (Jung Kyung-ho) yang kerek dan Jeong-won (Yoo Yeon-seok) yang sensitif melampau. Karakter normal yang dibawa oleh mereka ini nyata membuatkan sangkaan penonton mengenai imej doktor meleset langsung. Rupanya doktor juga adalah manusia biasa!

Bagi yang tidak mengetahui, drama perubatan bersifat kemanusiaan ini tidak berhenti pada satu musim sahaja. Malahan daripada awal lagi, pengarah Shin Won-ho telah merancang untuk membahagikannya kepada beberapa musim.

Salah seorang sumber daripada saluran tvN mendedahkan bahawa mereka kini sedang bersiap sedia untuk penggambaran musim kedua pula.

Skrip terakhir untuk musim pertama sudah pun disiapkan. Minggu hadapan akan berlangsung penggambaran terakhir. Kami kini sedang mengaturkan masa untuk persediaan musim kedua.

Musim pertama pun tak boleh jangka pengakhirannya, dah nak masuk kedua rupanya!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...