Ikuti Kami:

Skrip Ending ‘Beyond Evil’ Sudah Habis Ditulis, Penonton Tertanya-Tanya Siapa Pembunuh Sebenar

Skrip Ending ‘Beyond Evil’ Sudah Habis Ditulis, Penonton Tertanya-Tanya Siapa Pembunuh Sebenar

Dengar cerita, ramai yang pening kepala dan tak lena tidur sejak mengikuti drama thriller psikologi “Beyond Evil”?

Drama ini membawa kisah dua lelaki yang sanggup melanggar undang-undang dan peraturan bagi mengejar seorang pembunuh bersiri. Bagi membongkar identiti sebenar penjenayah tersebut, mereka perlu meneliti secara mendalam setiap orang yang terlibat dengan kes tersebut dengan sering mempersoalkan diri sendiri, “Siapakah raksasa sebenar – adakah awak? Adakah saya? Adakah kita?”. Lee Dong-shik (Shin Ha-kyun) ialah seorang bekas detektif di unit jenayah ganas yang telah pun diturunkan pangkat kepada sarjan di sebuah balai polis tempatan. Manakala Han Joo-won (Yeo Jin-goo) pula ialah detektif elit yang hadir ke balai polis tersebut dengan satu rahsia.

Terbaru, dikhabarkan bahawa skrip drama itu sudah pun habis ditulis sehingga ke penghujungnya dan para pelakon sekarang sedang giat menjalankan penggambaran bagi separuh kedua “Beyond Evil”.

jtbc beyond evil

Kebanyakan penonton meluahkan rasa berdebar dek tidak tahu siapakan pembunuh sebenar memandangkan setiap watak menyimpan rahsia gelap tersendiri. Tiada seorang pun yang nampak naif dan ‘bersih’.

Bahkan drama ini dipuji ramai kerana berjaya mengekalkan momentum mendebarkan sepanjang tayangan sehingga kini.

Korang pun syok kan layan “Beyond Evil”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...