Ikuti Kami:

Siwon Super Junior Dilantik Sebagai Duta UNICEF Bagi Rantau Asia Timur Pasifik!

Siwon Super Junior Dilantik Sebagai Duta UNICEF Bagi Rantau Asia Timur Pasifik!

Super Junior Siwon sememangnya terkenal dengan sifat pemurahnya. Walaupun sibuk menguruskan urusan seninya seperti berlakon dan aktif ke sana ke sini sebagai ahli kumpulan Super Junior, dia tidak pernah lupa untuk memberi semula kepada masyarakat dengan meluangkan masa untuk aktiviti sukarelawan.

Kalau anda perasan, Siwon sering menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh UNICEF dan dia juga pernah beberapa kali ke Malaysia bagi menjayakan aktiviti tersebut. Setelah lama membanting tulang bersama organisasi sukarelawan itu, Siwon kini telah dilantik sebagai duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi wilayah Asia Timur Pasifik di Vientiane, Laos kelmarin!

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...