Ikuti Kami:

“Siwon Sangka 10%” – Kekal 0%, Rating ‘DNA Lover’ Terus Menurun

“Siwon Sangka 10%” – Kekal 0%, Rating ‘DNA Lover’ Terus Menurun

Kenapa agaknya ada K-Drama yang meraih rating 0% sahaja?

“DNA Lover” yang sudah pun bersiaran sebanyak 6 episod kini, nampaknya terus menunjukkan prestasi yang membimbangkan apabila episod terbarunya meraih rating terendah 0.5%.

Ini satu catatan yang sedikit kelam memandangkan rating terbaik yang diraih oleh drama ini adalah ketika tayangan episod perdana iaitu 1.1%.

Semenjak dari itu, naskhah berkenaan terus jatuh ke dalam gaung 0% dan tidak menunjukkan sebarang potensi untuk mencapai kembali angka terbaik itu.

dna lover

Dalam pada itu, Choi Si-won iaitu teraju utamanya pernah meluahkan harapan agar “DNA Lover” akan mencapai rating 10% di mana dia berjanji akan menyanyikan runut bunyi untuk drama tersebut sekiranya impian itu termakbul.

Untuk pengetahuan, “DNA Lover” membawa kisah seorang penyelidik DNA yang sering gagal dalam percintaan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...