Ikuti Kami:

Situasi Genting Di Korea, Ini Sebab Tayangan ‘Resident Playbook’ Ditunda

Situasi Genting Di Korea, Ini Sebab Tayangan ‘Resident Playbook’ Ditunda

Bukan hanya di Malaysia, rupanya isu melibatkan layanan buruk terhadap staf perubatan turut berlaku di Korea.

Tentangan yang dilakukan oleh para pakar dan juga kakitangan biasa ini sejak Februari lalu berpunca daripada keputusan kerajaan untuk menambah jumlah pengambilan pelajar perubatan. Meskipun nampak seperti akan membantu menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang perubatan namun rata-ratanya meminta supaya mereka dibayar dengan lebih adil selain menambahkan fasiliti rawatan untuk memudahkan kerja.

Disebabkan isu ini merupakan sesuatu yang agak sensitif di Korea Selatan kini, sepertinya ia turut menjejaskan jadual siaran untuk drama terbaru tvN iaitu “Resident Playbook”. Hal ini kerana, drama ini mengagungkan profesion doktor sebagai sesuatu yang mulia dan mudah sedangkan dalam realiti sebenar, mereka dilayan dengan tidak adil.

resident playbook

Oleh itu, jadual tayangan “Resident Playbook” iaitu naskhah spin-off untuk drama popular “Hospital Playlist” yang sepatutnya bersiaran selepas “Queen Of Tears” tamat masih lagi berada di awang-awangan.

Drama ini bakal diterajui oleh Go Youn-jung dan membawa kisah sekumpulan doktor tahun pertama di wad OBGYN di Yulje Medical Center selain menekankan hubungan mereka bersama pakar, profesor dan pesakit.

Harap isu ini dapat diselesaikan dengan segera..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...