Ikuti Kami:

Siri Thriller Jenayah & Kekeluargaan Mendebarkan, Netflix ‘A Model Family’ Jadi Sebutan Ramai Kini

Siri Thriller Jenayah & Kekeluargaan Mendebarkan, Netflix ‘A Model Family’ Jadi Sebutan Ramai Kini

Netflix ternyata hanya mahukan yang terbaik buat penonton, sebab itu mereka memilih naskhah berkualiti sahaja untuk ditayangkan di laman mereka.

Minggu lalu, sebuah drama kelolaan Netflix iaitu “A Model Family” telah disiarkan. Dengan 10 episod ditayangkan sepenuhnya, siri mendebarkan ini berjaya menggabungkan tema jenayah dan kekeluargaan.

Sinopsis

Kalau anda nak tahu, “A Model Family” ialah siri yang mengikuti sebuah keluarga biasa di ambang kehancuran akibat muflis dan terlibat dengan kumpulan dadah yang dahagakan darah. Di tengah-tengah misi berbahaya, ahli akan menjadi keluarga contoh kerana mereka menentang kumpulan dadah.

netflix a model family

Demi keluarga

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula apabila Park Dong-ha (Jung Woo) yang memerlukan wang untuk pembedahan jantung anaknya menggunakan pelbagai cara bagi mendapatkan jumlah tersebut. Bagai bukan jatuh ke riba, dia menemui dua beg berisi wang dalam kereta yang terdapat dua mayat di dalamnya. Mata tertancap pada wang sahaja, lelaki tersebut menanam mayat berkenaan tanpa mengetahui dia telah terjebak dengan dua tokan dadah berbeza.

Dalam episod awal, penonton di bawa seperti tikue mengejar Park Dong-ha yang menjadi sasaran. Bahkan disebabkan hal ini, hubungan ‘adik-beradik’ antara tokan dadah berkuasa iaitu Kwang-Chul (Park Hee-soon), Kang-Jun and Yoon-Soo (Choi Moo-sung) turut berpatah arang.

netflix a model family

Popular di Asia

Drama Korea sentiasa mendapat tempat di hati penonton Asia, terutamanya di Tenngar. Selepas beberapa hari tayangan, “A Model Family” tersenarai di ranking Top 10 Netflix beberapa negara Indonesia, Vietnam, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, Malaysia dan banyak lagi.

Korang dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...