Utama Filem Korea Siri Popular ‘Blue Birthday’ Akan Ditayang Dalam Bentuk Filem, Serta Rilis Babak...

Siri Popular ‘Blue Birthday’ Akan Ditayang Dalam Bentuk Filem, Serta Rilis Babak Baharu

blue birthday movie

Ada berita gembira buat peminat drama web “Blue Birthday”!

Pada 12 Januari, CGV, iaitu rangkaian pawagam multipleks terbesar di Korea Selatan, mengumumkan bahawa drama siri popular “Blue Birthday” keluaran Playlist Studio, akan ditayangkan dalam bentuk filem pada 19 Januari ini.

“Blue Birthday” yang akan menemui penonton di pawagam, adalah versi suntingan semula dari drama 16 episod yang telah dikeluarkan melalui Naver TV dan YouTube sejak Julai tahun lalu, dalam bentuk filem dengan masa tayangan selama 137 minit, serta akan ada penambahan adegan yang tidak pernah dilihat dalam drama yang dikeluarkan sebelum ini.

Sementara itu, “Blue Birthday” mengisahkan tentang seorang gadis bernama Ha-rin, yang menyaksikan kematian cinta pertamanya pada hari lahirnya yang ke-18. 10 tahun kemudian, Ha-rin diberi peluang untuk kembali ke masa lepas. Dia memutuskan untuk mencuba segala yang dia boleh untuk mengelakkan kematian sahabat dan cinta pertamanya, Seo-joon. Ye-ri RED VELVET memegang watak utama wanita Ha-rin, manakala Hong-seok PENTAGON memainkan watak Seo-joon.

Filem “Blue Birthday” ini akan mula ditayangkan pada 19 Januari 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERXports News
Loading...