Ikuti Kami:

‘Sinkhole’ Jadi Filem Korea Terpantas Raih 1 Juta Penonton Bagi 2021

‘Sinkhole’ Jadi Filem Korea Terpantas Raih 1 Juta Penonton Bagi 2021

“Sinkhole” nyata sedang mengganas di pawagam Korea kini!

Selepas diumumkan sebagai filem dengan paling banyak jumlah tontonan pada hari pembukaan, naskhah bertema bencana itu sekali lagi mencipta rekod apabila menjadi filem terpantas meraih 1 juta jumlah penonton bagi tahun 2021.

Menemui penonton pada 11 Ogos, “Sinkhole” berjaya melepasi garisan 1 juta tontonan itu pada hari ke-6 ianya diriliskan. Mungkin kerana kuasa ‘mulut’, filem ini berjaya menarik jumlah tontonan yang ramai dek pujian penonton yang mengatakan naskhah ini sesuai dengan situasi yang dialami dunia kini. Malah gabungan emosi dan komedi yang dipaparkan mampu menghilangkan tekanan ramai.filem sinkholeBagi menyambut rekod yang hebat ini, para pelakon “Sinkhole” telah memuat naik gambar dengan ucapan terima kasih buat semua penonton yang menyokong mereka.

Untuk pengetahuan, “Sinkhole” membawa kisah sebuah bangunan yang berdiri selama 11 tahun lamanya roboh ke dalam lubang sedalam 500 meter dan bagaimana penduduknya cuba meloloskan diri daripada bencana itu. Ianya diterajui oleh Cha Seung-won, Lee Kwang-soo, Kim Sung-gyun, Kim Hye-jun dan Nam Da-reum.

Tak sabar nak tonton apabila dah masuk Malaysia nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...