Ikuti Kami:

“Sini Jumpa Depan-Depan..” – Serik Asyik Diganggu, Renjun NCT Bidas Hantaran Mesej Dari Peminat ‘Sasaeng’

“Sini Jumpa Depan-Depan..” – Serik Asyik Diganggu, Renjun NCT Bidas Hantaran Mesej Dari Peminat ‘Sasaeng’

Renjun NCT telah membuat hantaran gambar di aplikasi Bubble, menunjukkan perbualannya bersama dengan seorang peminat Sasaeng.

Di mana, peminat Sasaeng tersebut telah menghantar mesej yang mengkritik penyanyi idola kerana memiliki kehidupan yang senang dan mewah tanpa perlu bersusah payah.

Peminat itu berkata,

Senangnya jadi idola, dapat jana wang dengan senang, tayang wajah dekat sana sini dan bercinta dengan sesiapa yang mereka mahukan. Persembahan secara langsung mereka sangat teruk dan mereka tidak suka berfikir. Baik buang sahaja telefon mereka.

Dalam masa yang sama, Renjun telah dilihat membalas,

Daripada awak bersembunyi seperti tikus dan hanya berani menghantar mesej, apa kata jika kita berjumpa secara depan dengan kehadiran peguam kalau awak nak kata apa-apa dekat saya?

Awak boleh hubungi nombor ini jika awak ada benda yang nak disampaikan.

Selepas hantaran itu dikongsi bersama peminat yang lain, rata-rata mereka telah mengkritik perbuatan Sasaeng itu. Malah, mereka turut menyokong tindakan berani ahli NCT tersebut serta menggesa agar SM Entertainment melindungi Renjun dan privasinya daripada peminat seperti itu.

Memang patut pun Sasaeng tu kena macam tu kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...