Ikuti Kami:

Singkap Kisah Keganasan Di Sekolah, Drama Thriller ‘The King Of Pigs’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Singkap Kisah Keganasan Di Sekolah, Drama Thriller ‘The King Of Pigs’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Kim Dong-wook, Kim Sung-kyu dan Chae Jung-ahn disahkan bakal berlakon dalam drama asal TVing “The King Of Pigs”.

Drama thriller ini mengikuti kisah individu yang pernah menjadi mangsa keganasan dek siri pembunuhan misteri telah menerima mesej daripada rakan mereka pada 20 tahun yang lalu. Menerusi watak yang mempunyai nasib tragik ini, drama berkenaan menyingkap kisah sebenar mengenai keganasan di sekolah dan kekasaran yang meresap dalam masyarakat.

Ianya berdasarkan filem animasi pengarah Yeon Sang-ho dengan nama yang sama dan telah menerima pengiktirafan daripada pelbagai festival filem kerana kualiti sinematik yang mengagumkan.

Kim Dong-wook akan melakonkan watak Hwang Kyung-min, seseorang yang hidup dengan trauma selepas melalui keganasan di sekolah pada 20 tahun yang lalu. Hidup bahagia bersama isterinya, namun semuanya berubah apabila traumanya kembali mengganggu.tving the king of pigsKim Sung-kyu akan menghidupkan watak Jung Jong-suk, seorang detektif yang menjejaki mesej misteri yang dihantar oleh rakannya pada 20 tahun lalu. Insiden pelik ini turut mengingatkannya mengenai keganasan di sekolah yang dilaluinya dahulu dan bagaimana dia sedaya upaya mencuba untuk menghentikan pembunuhan lain daripada berlaku.

Manakala Chae Jung-ahn akan menggalas tanggungjawab melakonkan watak Kang Jin-ah, seorang detektif yang berpegang teguh dengan prinsip yang dia akan lakukan apa sahaja untuk menyelesaikan sebarang kes. Cara sembarangan ketika menyelesaikan kes ini sangatlah dibenci oleh rakan pasukannya, tapi dia kekal dengan pegangan tersebut. Dia dan Jung Jong-suk merupakan pelajar di akademi kepolisan yang sama namun dia merupakan senior kepada lelaki itu.

Menurut pihak produksi, mereka mahu mencipta naskhah yang mampu menghebahkan mengenai keganasan di sekolah yang berlaku di dalam masyarakat kini.

Topik penting di Korea kan? Mungkin banyak yang kita dapat pelajari menerusi “The King Of Pigs”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...