Ikuti Kami:

Singapore Comic Con (SGCC) Dijangka Berlangsung Meriah 7 & 8 Disember Ini

Singapore Comic Con (SGCC) Dijangka Berlangsung Meriah 7 & 8 Disember Ini

Mengambil tempat di Sands Expo and Convention Centre, Marina Bay Sands, Singapore Comic Con (SGCC) kembali dengan skala lebih besar, lebih meriah dan menjanjikan pengalaman lebih menarik pada 7 dan 8 Disember 2024 ini.

Acara ini menampilkan barisan hebat artis jemputan, penulis, dan pencipta kandungan, bersama gabungan lebih daripada 380 syarikat pameran dan 400 jenama! 

one piece

Mighty Jaxx, penaja utama SGCC 2024, akan membuat pameran yang tidak patut dilepaskan termasuk koleksi terbaru XXRAY One Piece, koleksi impian Kandyland, dan penampilan pertama patung mewah mereka bersama SuperKraft Lab. 

Untuk peminat tegar, jangan lupa dapatkan edisi khas Treasure Gold Luffy, eksklusif SGCC 2024! Dapatkannya di SINI.

SpongeBob dah 25 tahun?

spongebob

Nickelodeon membawa pelbagai kejutan eksklusif untuk meraikan ulang tahun ke-25 SpongeBob di SGCC 2024! Korang kena bersedia untuk pengalaman imersif Bikini Bottom dengan permainan interaktif, sesi meet and greet, serta hadiah istimewa untuk pertandingan cosplay! Excitednya!

Bandai Card Games Fest 24-25

bandai

Bandai Card Games Fest 24-25 World Tour Singapore akan berlangsung bersebelahan SGCC 2024 di Dewan F, B2. Acara ini termasuk Kejohanan Serantau, sesi tutorial, merchandise eksklusif, dan acara khas yang pasti membuatkan peminat tak senang duduk.

Tamashii Nations, Banpresto, dan Bandai Hobby

Jenama terkenal seperti Tamashii Nations, Banpresto, dan Bandai Hobby turut tidak ketinggalan di SGCC 2024. Peminat boleh menyertai bengkel interaktif, pertandingan pembinaan model, dan mendapatkan barangan eksklusif Bandai x SGCC 2024.

Creators Con

rurusama

Creators Con tahun ini menjanjikan kemeriahan bersama Rurusama, Puteri SGCC 2024. Cabaran menarik, barangan eksklusif, persembahan langsung, dan banyak lagi menanti peminat!

Pop Culture Food Zone bawa menu eksklusif

mystic forest

Kolaborasi menarik menanti di Pop Culture Food Zone SGCC 2024, termasuk minuman bukan alkohol rasmi, Pow Wow oleh Brewerkz. 

Siapa peminat puff, jangan tak tahu, Beard Papa’s membawalam Mystic Forest Puff, hidangan istimewa yang hanya boleh didapati sepanjang Disember.

Semua Ini dan Lebih Banyak Lagi di SGCC 2024!

Pameran ini juga menampilkan jenama terkenal seperti Bluey, Genshin Impact, Infinity Studio, Lego oleh Thebrickshop, Magic: The Gathering, Simply Toys, Tokidoki, ZDtoys, 52 Toys oleh Gifts Greetings, dan banyak lagi.

Masuk percuma Untuk Pengunjung 8 Tahun Ke Bawah

sgcc 2024

Pelago, platform pengalaman perjalanan oleh Singapore Airlines, telah melancarkan tiket umum dan Pakej Eksklusif Dragon Ball Pelago. Pelanggan juga boleh memperoleh 3 KrisFlyer miles untuk setiap $1 yang dibelanjakan. Untuk kanak-kanak berumur di bawah 8 tahun boleh masuk secara percuma.

Cipta Galeri Koleksi Peribadi

sgtoy

SGtoydisplay dengan bangganya menyertai Singapore Comic Con! Dari koleksi pop culture hingga barangan paling rare, jadikan ruang korang sebuah galeri koleksi impian. 

Selama 8 tahun, SGtoydisplay komited membantu pengumpul meraikan hobi peminat mereka. Sertai mereka www.sgtoydisplay.com untuk menyertai komuniti ini.

sgcc

Jom ramai-ramai sertai SGCC 2024 ini pada 7-8 Disember 2024! Jumpa di sana! Beli tiket di SINI.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...