Ikuti Kami:

Sinematografi Retro & ‘Feel’ Tahun 80-an Dipuji, Episod Awal ‘Youth Of May’ Raih Rating Biasa

Sinematografi Retro & ‘Feel’ Tahun 80-an Dipuji, Episod Awal ‘Youth Of May’ Raih Rating Biasa

Daripada watak adik-beradik dalam “Sweet Home” kepada watak pasangan bercinta dalam “Youth Of May” yang baru ditayangkan kini, sudah semestinya ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah keserasian pelakon Lee Do-hyun dan Go Min-si.

Sinopsis

“Youth Of May” ialah sebuah drama melodrama mengisahkan dua anak muda yang jatuh cinta pada Mei 1980, iaitu satu zaman reformasi dan penting dalam sejarah Korea Selatan. Ianya dibintangi oleh Lee Do-hyun, Go Min-si, Geum Sae-rok dan Lee Sang-yi.

Episod awal berbunga

[Amaran SPOILER]

Walaupun baru dua episod ditayangkan namun “Youth Of May” langsung tidak kedekut untuk menayangkan babak romantik di antara Hwang Hee-tae (Lee Do-hyun) dan Kim Myung-hee (Go Min-si). Nak dijadikan cerita, Hee-tae yang sepatutnya bertemu janji dengan Lee Soo-ryun (Geum Sae-rok) pada mulanya namun keadaan berubah selepas wanita itu menghantar kawan baiknya iaitu Myung-hee sebagai pengganti lantas bermulalah kisah berbelit di antara mereka.

kbs youth of may

Meskipun masih dalam mood bahagia, namun pastinya drama ini akan dipenuhi air mata apabila rakan baik ini mula melalui persengketaan selain apakah perasaan Hee-tae ketika melaluinya.

Bertambah menyeronokkan, “Youth Of May” berjaya memaparkan gaya retro sempurna daripada sudut pakaian, bangunan dan persekitaran dalam menggambarkan tahun 1980. Bahkan para pelakonnya juga menggunakan intonasi suara yang kedengaran lama. Bravo!

kbs youth of may

Rating biasa

Episod perdana “Youth Of May” hanya mampu meraih rating 4.4% dan 4.9% dan ianya menunjukkan sedikit penurunan kepada 3.7% dan 4.7% pada episod seterusnya. Ianya sedikit kurang memuaskan berbanding catatan episod pertama drama “River Where The Moon Rises” (9.4%) yang ditayangkan sebelum drama retro berkenaan sebelum ini.

Apa pun, nampak macam seronok sahaja “Youth Of May”, jangan lupa untuk menontonnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...