Ikuti Kami:

Sinematografi Memukau & Plot Gempak, Siri Sci-Fi ‘Grid’ Di Disney+ Hotstar Raih Pujian

Sinematografi Memukau & Plot Gempak, Siri Sci-Fi ‘Grid’ Di Disney+ Hotstar Raih Pujian

Tak tahu nak tengok cerita apa di Disney+? Mungkin “Grid” merupakan jawapan kepada persoalan anda ini.

Sinopsis

Siri sci-fi ini menyelongkar mengenai sistem jaring ‘grid’ yang mampu menyelamatkan manusia daripada krisis.

Episod awal mendebarkan

[Amaran SPOILER]

“Grid” membuka cerita dengan fenomena yang menyebabkan bumi dilindungi oleh satu perisai yang dipanggil ‘grid’ dek perbuatan individu misteri.

Melompat ke tahun 2021, penonton dibawa ke sebuah tempat jenayah, staf biro Kim Sae-ha (Seo Kang-joon), detektif Jung Sae-byeok (Kim Ah-joong) berjumpa buat pertama kali. Daripada keterangan yang dikumpul, detektif tersebut menyimpulkan bahawa penjenayah yang dicari ialah Kim Ma-nok (Kim Sung-kyun). Walaubagaimanapun, mereka gagal menangkapnya apabila rakan lelaki itu datang membantu dia melarikan diri.

disney+ grid

Namun apa yang menarik perhatian Kim Sae-ha ialah laporan insiden Jung Sae-byeok, “Seorang wanita tidak dikenali hilang tanpa kesan, jadi kami tidak boleh melakukan tangkapan.”

Apa yang ditulisnya itu merupakan bukti bahawa ‘hantu’ yang hilang selepas membina ‘grid’ pada 24 tahun lalu, sudah muncul semula kini.

disney+ grid

Persoalan penonton

Melihat episod pertama ini, penonton dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Pertamanya ialah mengapa Kim Sae-ha selalu membersihkan tong sampah dalam bilik timbalan pengarah pada setiap pagi. Malah Song Eon-jin (Kim Mu-yeol) juga tidak memahami niat disebalik lelaki itu yang sering mengipas ketua berkenaan. Tanpa disangka, Kim Sae-ha sebenarnya sedang mengintip setiap gerak geri dan bukti yang ditingggalkan timbalan pengarah itu.

Bukan sahaja klu yang dijumpai lelaki tersebut malah Jung Sae-byeok berjaya mengumpul DNA makhluk asing itu. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

disney+ grid

Hanya mempunyai 10 episod, ramai yang ternanti-nantikan bagaimana “Grid” akan memaparkan elemen yang luar biasa ini.

Saksikan di “Grid” di Disney+ pada setiap Rabu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...