Utama Drama Korea Sinematografi Memukau, Penonton Syok Tonton Episod Awal Drama Misteri ‘Sell Your Haunted...

Sinematografi Memukau, Penonton Syok Tonton Episod Awal Drama Misteri ‘Sell Your Haunted House’

kbs sell your haunted house

Jang Na-ra sememangnya dikenali kerana wajahnya yang sentiasa awet muda tapi yang lebih menarik perhatian ialah wanita ini yang sentiasa menerajui pelbagai projek tanpa henti sejak dua tahun kebelakangan ini.

Daripada drama kecurangan “V.I.P”, drama masalah wanita “Oh My Baby”, kini dia kembali dengan sebuah drama pengusiran roh “Sell Your Haunted House”.

Sinopsis ringkas

Membawa kisah ejen hartanah yang menghalau hantu dan roh jahat daripada hartanah yang mempunyai sejarah kes kematian. Saksikan pengusir roh, Hong Ji-ah (Jang Na-ra) dan seorang penipu, Oh In-bum (Jung Yong-hwa) bekerjasama bagi menghalau kesemua anasir jahat ini kembali ke tempat asal mereka.

kbs sell your haunted house

Episod awal menarik

Seperti yang diuarkan, penonton disajikan dengan pelbagai babak melibatkan alam roh dalam dua episod awal “Sell Your Haunted House”. Jang Nara juga menerima pujian ramai kerana berjaya membawa watak lain daripada yang lain berbanding drama lakonannya sebelum ini iaitu seorang pengusir roh.

kbs sell your haunted house

Bukan itu sahaja, penonton terus memberikan ‘thumbs up’ terhadap sinematografi yang ditonjolkan di dalam drama misteri itu. Nampak ‘real’ habis!

kbs sell your haunted house

Rating baik

Permulaan “Sell Your Haunted House” juga menunjukkan prestasi yang baik apabila episod pertamanya berjaya meraih rating sebanyak 4.1% dan 5.3% manakala ia menunjukkan peningkatan yang konsisten pada episod seterusnya dengan catatan 3.7% dan 5.6%.

Boleh tahan best “Sell Your Haunted House”! Gabungan Jung Yong-hwa dan Jang Na-ra juga tidak mengecewakan. Jadi, jangan lupa untuk tonton drama ini okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...