Ikuti Kami:

Sinematografi Drama Misteri ‘Tell Me What You Saw’ Seperti Filem, Penonton Puji Lakonan Mantap Teraju Utama!

Sinematografi Drama Misteri ‘Tell Me What You Saw’ Seperti Filem, Penonton Puji Lakonan Mantap Teraju Utama!

Drama yang dihasilkan oleh saluran OCN memang sentiasa memberikan inti pati yang ‘meletop’ sehingga berjaya membuat penonton melopong! Setiap perkembangan ceritanya menyebabkan kita tenggelam dan terus melekat untuk melihat plot yang tidak dijangka. Bukan itu sahaja, bahkan visual yang disajikan bakal membuatkan penonton lebih menjiwai cerita itu dan lakonan berkesan daripada kesemua pelakon menyempurnakan lagi drama berkenaan.

Sinopsis “Tell Me What You Saw”

tell me what you saw

Sama juga dengan drama “Tell Me What You Saw” yang baru sahaja melakukan debutnya di skrin kecil menerusi saluran kabel tersebut. Drama bertemakan jenayah ini membawa kisah seorang detektif amatur bernama Cha Sooyoung (Choi Sooyoung) yang mengingati semua yang dilihatnya. Dia mula mengetahui tentang kebolehannya ini setelah dia menjadi saksi kejadian langgar lari yang membunuh ibunya pada 20 tahun lepas. Walaupun mengingati dengan jelas nombor pendaftaran kenderaan dan pemandu kereta tersebut, tiada siapa yang mempercayainya dan menganggap ia hanyalah memori kabur seorang kanak-kanak. Kini, dia merupakan seorang pegawai polis di sebuah kawasan terpencil.

Pembuka cerita “Tell Me What You Saw”

Dalam episod awal ini, Cha Sooyoung menghadapi kesukaran apabila dia telah menjumpai mayat di sebuah ladang tapi tanpa sengaja telah menjejaskannya. Namun begitu, dia sempat menangkap gambar kawasan kejadian sebelum ia ‘rosak’ tetapi malangnya gajet itu tak berfungsi kerana dia terjatuh. Hwang Hayoung (Jin Seoyeon) iaitu merupakan ketua kepada satu kumpulan penyiasat menjerkah wanita itu kerana kecuaiannya sehingga merosakkan tempat jenayah. Namun, Sooyoung berjaya menjelaskan secara terperinci tentang kawasan di sekitar mayat semasa pertama kali melihatnya. Pun begitu, ketua penyiasat itu meragui kebolehan ingatannya dan terpempan apabila setiap deskripsi yang diberikan oleh pegawai polis muda itu sama seperti gambar yang terdapat dalam telefon bimbit yang sudah dibaiki tersebut.

jin seoyeon tell me what you saw

Berminat dengan kebolehan mengingati Sooyoung, Hayoung telah membawanya ke pejabat polisnya di Jalan Gwangsoo. Selain itu, mayat yang dijumpai itu terdapat gula-gula di dalam mulutnya. Sama dengan cara pembunuhan oleh seorang pembunuh bersiri yang berhenti membunuh pada 5 tahun lepas. Sebelum menghilangkan diri, dia telah membunuh 11 orang mangsa tidak berdosa. Mendengarkan berita kemunculan semula penjenayah itu, seorang bekas profiler hebat iaitu Oh Hyunjae (Jang Hyuk) kembali bekerja kerana nekad untuk menangkap pembunuh itu.

tell me what you saw jang hyuk

Rating membanggakan!

Baru sahaja ditayangkan, “Tell Me What You Saw” berjaya meraih rating 2.5% pada episod pertamanya. Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan oleh sebuah drama yang ditayangkan di saluran kabel. Bahkan ratingnya naik mendadak pada episod kedua apabila berjaya merekodkan catatan 3.5%! Bukan itu sahaja, ia berjaya menjadi carian teratas di enjin carian poplar di Korea semasa tayangannya bahkan Choi Sooyoung yang membawa watak Cha Sooyoung juga turut trending di portal tersebut.

sooyoung dalam tell me what you saw

Reaksi baik daripada penonton

Semua orang nampaknya menerima baik drama misteri jenayah ini kerana plot ceritanya yang nampak ‘solid’ dan menarik. Lakonan kesemua teraju utama iaitu Jang Hyuk, Choi Sooyoung dan Jin Seoyeon memang padu habis sampaikan semua penonton tak senang duduk semasa lihat babak mereka melakukan soal siasat dengan penjenayah dalam bilik siasatan. Fuhh!

Seorang profiler bijak yang hidup terasing dan banyak lagi karakter yang baru selain perkembangan yang menarik. Kelebihan OCN ialah sinema yang seperti filem. Tak lupa juga lakonan teraju utama dan sinergi mereka membuatkan semua fokus daripada episod pertama lagi.

 

Lakonan Jang Hyuk yang boleh dipercayai~

 

Karakter yang dibina adalah sangat menarik. Jang Hyuk yang buta gunakan pandangan Sooyoung untuk selesaikan kes!

 

Karakter seorang profiler yang buta membuatkan saya berasa ingin tahu. Kena tengok ni.

Drama OCN memang boleh dipercayai.

 

Drama yang seronok ditonton selepas ‘Hell Is Other People’ tamat. OCN memang hebat buat drama sebegini.

Lakonan Sooyoung adalah sangat bagus.

 

Walaupun hanya menonton sedutan pendek, imej Jin Seoyeon adalah sangat kuat!!

Tengok sedutan pendek pun, dah nampak kehebatan sinematografi drama “Tell Me What You Saw” ini. Dahlah semua pelakon pun berlakon best, wajib tengok drama ini!

Sumber: OSEN, Sports Joseon

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...