Ikuti Kami:

“Sila Nantikannya” – Taeyeon Dedah SNSD Mungkin Akan Comeback Sempena Ulang Tahun Ke-15

“Sila Nantikannya” – Taeyeon Dedah SNSD Mungkin Akan Comeback Sempena Ulang Tahun Ke-15

Pada 15 Mac, Tae-yeon SNSD telah berkongsi berita gembira buat peminat!

Pada hari ini, peminat telah memuat naik klip pendek dari acara Tae-yeon ‘Mecima Fansign’, di mana beberapa peminat bertuah diberi peluang untuk melakukan panggilan video bersama dengan artis itu. Dalam video yang tersebar di pelbagai media sosial dan komuniti dalam talian, peminat bertuah yang bercakap dengan Tae-yeon bertanya,

Tahun ini adalah ulang tahun ke-15 Soshi (GIRLS’ GENERATION) kan? Adakah kami akan dapat melihat kemunculan semula Soshi tahun ini?

Tae-yeon cepat-cepat mengangguk kecil dan menjawab,

Mungkin? Saya rasa itu mungkin.

Peminat dalam video itu menjerit teruja sambil berkata,

Betul ke??! Saya akan menantikannya.

Tae-yeon membalas,

Ya, sila nantikannya banyak-banyak.

https://twitter.com/inhayoo/status/1503726928821649409

Sejurus selepas video di atas dikeluarkan, ramai peminat seluruh dunia berkongsi berita gembira ini, sambil menyatakan pendapat mereka:

Sekadar makluman, Tae-yeon tidak pernah berkata apa-apa yang tidak dimaksudkannya jadi, semua peminat sudah mula teruja.

Saya benar-benar teruja kerana Tae-yeon tidak akan berkata begitu mudah seperti itu.

Sesuatu yang besar akan berlaku!

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...