Ikuti Kami:

‘Signal 2’ Dirancang Temui Penonton Tahun Ini Tetapi Kini Ditangguh Pula!

‘Signal 2’ Dirancang Temui Penonton Tahun Ini Tetapi Kini Ditangguh Pula!

Siapa yang rindu dengan drama jenayah “Signal” yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 menerusi saluran tvN? Meskipun sudah hampir 4 tahun cerita itu tamat, tetapi para peminat setia masih lagi menanti khabar sambungannya ke musim ke-2. Terdengar juga juga ura-ura mengatakan bahawa drama popular itu bakal disambung pada tahun ini tapi tidak pastilah kesahihannya.

Sinopsis “Signal”

Untuk nak ‘refresh’ kembali ingatan anda mengenai “Signal”, drama ini berkisarkan tentang misteri jenayah yang diselesaikan dalam masa lampau (2000) dan masa sekarang (2015) dengan penggunaan ‘walkie-talkie’.

drama signal

Kisah bermula apabila seorang gadis telah diheret oleh wanita tidak dikenali semasa pulang daripada sekolah. Pada ketika itu, Park Haeyoung (Lee Jehoon) yang merupakan seorang murid sekolah rendah telah menyaksikan kejadian itu tanpa sengaja. Selepas beberapa hari, gadis itu ditemui mati dan polis mengatakan bahawa suspek merupakan seorang lelaki. Meskipun cuba meyakinkan pihak berkuasa bahawa pelakunya adalah seorang wanita tetapi rayuannya itu tidak diendahkan. Akhirnya dia membesar dan menjadi seorang detektif tetapi dia punyai masalah mempercayai polis sejak daripada insiden tersebut.

Tanpa sengaja, Park Haeyoung telah terjumpa dengan satu ‘walkie-talkie’ yang menghubungkannya dengan detektif Lee Jaehan (Jo Jinwoong) daripada masa lepas. Lelaki itu mencuba untuk menghalang kejadian culik itu daripada berlaku lantas mereka bekerjasama dengan bantuan detektif Cha Sohyun (Kim Hyesu).

Perancangan musim kedua

Disebabkan plot padu dan lakonan mantap yang ditonjolkan oleh teraju utamanya iaitu Lee Jehoon, Jo Jinwoong dan Kim Hyesu, “Signal” menjadi antara drama popular yang ditayangkan pada tahun 2016. Sehinggakan ia menjadi naskhah dengan rating tertinggi (12.54%) dalam sejarah saluran kabel pada ketika itu!

drama signal

Kerana kepopularitiannya itu, semua penonton ‘demand’ musim ke-2 dan pihak produksi serta para pelakon juga memberikan reaksi positif terhadap permintaan itu. Dikhabarkan bahawa musim baru bakal ditayangkan pada tahun 2020 tetapi nampaknya para peminat perlu lupakan sahaja hasrat itu kerana ia kini telah ditangguh ke suatu tarikh yang tidak dapat dipastikan lagi. Ini adalah kerana kesemua teraju utama “Signal” mempunyai jadual seni yang padat sehingga tidak mampu memberi ruang untuk penggambaran sekuelnya. Penulis drama itu iaitu Kim Eunhee juga meluahkan rasa sedih kerana terpaksa menghampakan para penonton dengan berita ini.

Sementar tunggu musim terbaru “Signal”, anda semua bolehlah ulang semula tonton musim pertamanya untuk lepaskan rindu. Haraplah musim kedua drama misteri ini dapat direalisasikan juga suatu hari nanti!

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...