Walaupun merupakan antara selebriti popular Korea, Yoon-a nampaknya tetap tidak dapat ‘layanan istimewa’ di Festival Filem Cannes.
Baru-baru ini, Yoon-a telah dijemput sebagai tetamu di Festival Filem Cannes 2024, menarik perhatian dengan kecantikannya memakai gaun panjang berwarna merah jambu.
Meskipun menerima pujian dari orang ramai, video Yoon-a yang dilihat ‘ditegur’ oleh kakitangan di situ telah meraih perhatian.
Khususnya, ketika wanita itu sedang menoleh ke belakang untuk bergambar dan melambai kepada wartawan, seorang staf telah mendekatinya dan memberi isyarat untuk Yoon-a terus bergerak.
daria tudo pra ser a pessoa que arruma o vestido pra ela não tropeçar 😭
YoonA at CANNES #LimYoonA #임윤아 #YoonA #윤아#YoonAxQeelin #QeelinCannesMoments #Cannes2024pic.twitter.com/f6miSqMyWF
— gi | lovely runner ☔️ (@yoonaslove) May 19, 2024
Bagaimanapun, dia tetap cuba untuk menoleh ke belakang dan dengan tegas dihalang oleh salah seorang staf yang sama di situ.
Hal ini kerana, tiada artis yang mempunyai keistimewaan untuk berlama-lama di karpet merah bagi mengelakkan kesesakan dan mengganggu jadual acara.