Meskipun sibuk dengan jadual masing-masing, Rain dan Kim Tae-hee tetap mencari masa untuk meluangkan waktu bersama!
Baru-baru ini, Rain telah berkongsi satu foto di Instagram Story, selepas selesai mendaki bukit bersama isterinya Kim Tae-hee. Tulisnya,
Selesai bersenam hari ini.
Dalam gambar yang dimuat naik, kasut hitam dipercayai adalah kasut Rain dan kasut putih di sebelahnya pula adalah milik Kim Tae-hee.
Membuatkan ramai lagi ‘bersemut’, lelaki itu turut meletakkan emoji love dalam hantaran tersebut, menunjukkan rasa cinta kepada isterinya itu.
Elele!