Utama K-Pop Siasatan Selesai, ‘Café Minamdang’ Tamat Dengan Rating Tertinggi

Siasatan Selesai, ‘Café Minamdang’ Tamat Dengan Rating Tertinggi

kbs cafe minamdang

Tanpa sedar, akhirnya “Café Minamdang” sudah pun menamatkan tayangannya kelmarin.

Sinopsis

Drama komedi misteri ini akan menelusuri kisah Nam Han-joon (Seo In-guk), seorang bekas profiler yang hidup sebagai bomoh kini dan bergabung dengan seorang detektif untuk menyelesaikan pelbagai kes.

Kembali beraksi

[Amaran SPOILER]

Seperti yang dijangka, pendakwa raya Cha Do-won merupakan pembunuh bersiri sebenar yang dicari mereka. Menurut diarai dan bukti yang ditinggalkan, lelaki itu mempunyai masalah mental yang serius kerana ‘dibasuh’ dari kecil oleh ayahnya bahawa membunuh penjenayah adalah satu perkara yang baik. Bermula sebagai seorang ‘hero’, Cha Do-won sebenarnya dalam diam seronok mengambil nyawa orang lain meskipun individu yang tidak bersalah.

kbs cafe minamdang

Nam Han-jun yang terkesan dengan kes itu telah mengambil cuti untuk merehatkan minda namun sedar misi mencari penjenayah adalah sesuatu yang sebati dengan dirinya. Lantas dia kembali ke sisi kekasihnya, Han Jae-hee dan bersama-sama mereka kembali membuka kafe itu.

Rating baik

Untuk episod terakhir ini, “Café Minamdang” berjaya meraih rating yang baik sebagai penggulungnya dengan catatan 5.7% iaitu rekod terbaik yang turut pernah dicipta pada episod ke-4.

kbs cafe minamdang

Menurut pandangan penonton, drama ini mempunyai plot yang sangat baik namun elemen komedi yang diselitkan nampak dipaksa lantas ada yang kurang selesa untuk menonton sesetengah babk dek kelihatan janggal.

Korang puas tak tengok?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYNA
Loading...