Ikuti Kami:

‘Siapa Yang Jaga Anak Kalau Saya Meninggal?’ – Kisah Kak Norlela Temui Sinar Baru

‘Siapa Yang Jaga Anak Kalau Saya Meninggal?’ – Kisah Kak Norlela Temui Sinar Baru

Diam tak diam, Sunway sudah menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-50. Terinspirasi daripada pengasasnya, Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah, Sunway komited untuk menyumbang kepada masyarakat.

Sunway menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), #SunwayforGood mendukung 3 aspek utama iaitu pendidikan, kesihatan dan pengayaan komuniti setempat.

Tiada yang ketinggalan

Kisah pilu Kak Norlela pejuang HIV sambil bertarung membesarkan anak-anak tanpa sokongan emosi atau kewangan pasti meruntun hati sesiapa yang mendengar.

Alhamdulillah, Sunway dan Malaysian AIDS Foundation (MAF) muncul dalam hidup Kak Norlela membawakan sinar harapan baru. 

Sunway dan MAF memberikan sokongan dari segi kos rawatan dan sokongan emosi.

Melalui program ini, Kak Norlela juga menemui pesakit HIV positif yang lain dan tidak lagi berasa keseorangan.

Sindrom Down bukan penghalang Ng Sing Hon

sunway csr

Ng Sing Hon dilahirkan dengan Sindrom Down namun itu tidak menjadi penghalang buatnya menjalani hidup seperti insan normal.

Sunway bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan; Generating Opportunities for Learning Disabled (GOLD) membantu Sing Hon dan rakan-rakannya mengenal pasti kekuatan dan kemahiran sendiri.

#SunwayforGood pupuk jiwa kesukarelaan Kiran Seth

kiran seth sunway for good

Jiwanya lembut dan suka memberi pertolongan kepada yang memerlukan. Setiap kali pihak Sunway menjalankan aktiviti, Kiran Seth antara yang terawal memunculkan diri.

Dari sesi pengagihan makanan berkhasiat hinggalah ketika pandemik Covid-19, Kiran setia membantu.

Beliau bersyukur kerana Sunway memberikan platform kepadanya untuk menyumbang tenaga bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Dalam usahanya mendekati dan memberi kembali kepada komuniti, Sunway telah bekerjasama dengan Malaysian AIDS Foundation (MAF), Selangor Youth Community (SAY), Rise Against Hunger Malaysia, National Kidney Foundation (NKF), GOLD, Kechara Soup Kitchen dan Friends to Mankind

Bulan Ramadan dan Syawal ini, Sunway terus komited dengan inisiatif-inisiatif CSR buat semua lapisan masyarakat dan masa depan bersama. menggalakkan lagi semua lapisan masyarakat bagi kebaikan dan masa depan bersama.

Jom sama-sama tonton video dan hayati kisah setiap seorang dari mereka yang tidak mungkin terlaksana tanpa Sunway.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...