Ikuti Kami:

“Siapa Tak Tahu Lagu BIGBANG?” – Pelakon ‘Squid Game 3’ Kongsi Kenangan Berlakon Dengan T.O.P

“Siapa Tak Tahu Lagu BIGBANG?” – Pelakon ‘Squid Game 3’ Kongsi Kenangan Berlakon Dengan T.O.P

Selain berlakon, mesti ramai yang kenal T.O.P sebagai ahli BIGBANG dulu kan?

Baru-baru ini, pelakon “Squid Game 3” telah muncul dalam temu bual bersama BuzzFeed untuk “The Puppy Interview”.

Selain bercakap tentang kenangan mereka ketika penggambaran, para pelakon juga turut ditanya tentang pengalaman mereka bekerjasama dengan T.O.P dalam drama tersebut. Jawab Lee Byung-hun,

T.O.P mesra dengan anak saya. Apa yang saya cakap dengan dia sama macam apa yang saya biasanya cakap dengan anak saya sendiri. Dia juga sentiasa terfikir pasal anak saya, yang menyebabkan kami susah untuk selesaikan rakaman. Saya harus ingatkannya yang kami hanya berlakon dan dia boleh relaks sahaja.

Kemudian, Jo Yu-ri turut mengaku bahawa sejak muda, dia memang sangat menyukai T.O.P. Tambah Im Si-wan,

Siapa yang tak tahu lagu BIGBANG pada masa itu?

Ulas Park Sung-hoon pula,

Semasa melakukan penggambaran ‘Queen of Tears’, saya banyak pergi ke sana sini. Tetapi setiap kali saya pergi bekerja, saya akan mainkan lagu T.O.P ‘DOOM DADA’. Ia akan membuatkan saya bertenaga bila mendengar lagu seperti itu.

Agak-agaknya lepas ni T.O.P akan teruskan berlakon tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...