Ikuti Kami:

Siapa Sangka, 3 Pelakon Popular Ini Sebenarnya Mempunyai Hubungan Keluarga!

Siapa Sangka, 3 Pelakon Popular Ini Sebenarnya Mempunyai Hubungan Keluarga!

Eh, siapa sangka 3 pelakon ini sebenarnya mempunyai hubungan keluarga!

Terbaru, Kang Dong-won telah muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block”, di mana pelakon itu ada berkongsi cerita tentang keluarganya.

Dalam siaran itu, dia bercerita tentang hubungannya dengan kakaknya,

Saya mempunyai seorang kakak perempuan yang dua tahun lebih tua dari saya. Hubungan saya dengannya sangat baik. Dia menyayangi saya sejak dia muda. Dia akan memegang tangan saya dan membawa saya berjalan-jalan.

Kemudian, Kang Dong-won juga sebenarnya mempunyai hubungan keluarga dengan pelakon Gong-yoo, meraih perhatian ramai.

kang dongwon gong yoo gong hyojin

Khususnya, datuk mereka merupakan kawan baik sejak kecil dan memutuskan untuk anak mereka berkahwin antara satu sama lain, bagi mengeratkan lagi hubungan mereka.

Oleh itu, ini membuatkan Kang Dong-won dan Gong Yoo menjadi saudara jauh apabila adik-beradik ibu bapa mereka merupakan suami isteri.

Selain itu, Gong Yoo dan Gong Hyo-jin pula adalah daripada puak keluarga Gokbu Gong yang sama, di mana Gong Yoo adalah dari generasi ke-79 dan Gong Hyo-jin dari generasi ke-81.

Wah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...